GengKari Description

Tujuan Utama Blog GengKari Didirikan Adalah Untuk Mengisi Masa Lapang 4 Orang Sahabat Yang Menetap di Sebuah Rumah Yang Sama (Kami tidak lagi menetap di rumah yang sama).. Kami Semua Berasal Daripada Utara Malaysia (Penang dan Kedah) dan Kini Menetap di Kuala Lumpur Untuk Mencari Nafkah..Kami masih belajar utk mencari ilmu tetapi tidak lah tinggi ilmu kami, hanya kami share sekadar mampu..InsyaAllah..Jazakallahu Khair..

Friday, April 4, 2014

Kuliah Subuh (30 March 2014) Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah - Jenis-jenis bala/ujian

Assalamualaikum wbt..

Ini adalah sambungan dari kuliah subuh yg lepas.. Maaf aku dapat mulakan dari hari ini sahaja..

Ustaz (maaf aku ni hamba lemah terlupa nama ustaz tersebut, maaf kan sy ustaz) bercakap mengenai ujian Allah kepada hamba Nya..

Ujian adalah merupakan impian bagi setiap orang yang berakal dan beriman..Kerana orang berakal seringkali memikirkan kenapa diri mereka tidak di uji oleh Allah SWT..Mereka risaukan Allah SWT tidak lagi sayang pada mereka kerana Allah seringkali menguji hamba-hamba yang di sayangi Nya..Mereka bimbang mereka akan lalai dengan nikmat yang di berikan Allah SWT sehingga mereka tergelincir dan tergolong dalam golongan istidraj..

Rasullulah s. a. w. bersabda :”Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat(durhaka),ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT.”(Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)

Maksud istidraj :
http://alhikam0.tripod.com/hikam075.html
https://peribadirasulullah.wordpress.com/2009/08/15/maksud-istidraj/

Ujian/Bala ini terbahagi kepada 3 kategori:

1. Bala At'-Dzib : Azab bagi orang yang terdahulu akibat maksiat.

Contohnya apa yang berlaku terhadap kaum Nabi Luth. Kaum Nabi Luth melakukan berbagai kejahatan yang tidak biasa dilakukan oleh penjahat manapun. Mereka merampok dan berkhianat kepada sesama teman serta berwasiat dalam kemungkaran. Bahkan catatan kejahatan mereka ditambah dengan kejahatan baru yang belum pernah terjadi di muka bumi. Mereka memadamkan potensi kemanusiaan mereka dan daya kreativiti yang ada dalam diri mereka. Yaitu kejahatan yang belum pernah dilakukan seseorang pun sebelum mereka di mana mereka berhubungan seks dengan sesama kaum lelaki (homo seks).

Dengan perintah Allah SWT:
“Maka tatkala datang azab Kami, Kami jadikan negeri kaum Luth itu yang di atas ke bawah (Kami balikkan), dan Kami hujani mereka dengan batu dari tanah yang terbakar dengan bertubi-tubi, yang diberi tanda oleh Tuhanmu, dan seksaan itu tiadalah jauh dari orang- orang yang lalim. ” (QS. Hud: 82-83)

Ini hanyalah satu contoh dari Bala ini yg banyak nya terjadi kepada kaum-kaum terdahulu mengikut yg di nyatakan di dalam Al-Quran.

2. Bala Takdiib : Merupakan bala/ujian dari Allah bagi segala orang yg membuat kebaikan. Bala bagi mendidik kita utk lebih taat dan beriman kepada Allah SWT.

Contohnya apa yg telah berlaku kepada umat Islam yg bakal di hukum gantung sampai mati yang dijatuhkan Mahkamah Mesir terhadap 529 penyokong bekas Presiden kelima Mesir, Mohamed Morsi. Seperti diketahui umum, Mohammed Morsi yang merupakan presiden Mesir pertama dipilih oleh rakyat secara demokrasi telah digulingkan oleh Ketua Tentera, Jeneral Abdul Fattah al-Sisi pada 3 Julai tahun lalu.

Antara yang diisytiharkan dijatuhi hukuman mati semalam termasuklah Mursyidul Am pergerakan Ikhwanul Muslimin, Dr Mohamed Badie. Bagaimanapun, berita ini tidaklah terlalu mengejutkan kerana banyak lagi kekejaman tentera Al-Sisi yang dilakukan setelah Morsi diguling. Rakyat yang melakukan demonstrasi meminta suara mereka didengar dan tidak mahu tunduk kepada pemerintahan tentera telah dibom, dibunuh, diperkosa, diracun menggunakan gas dan disiksa dengan kejam dan tanpa perikemanusiaan.

Mereka yang menghadapi ujian sebegini perlu meletakkan kepercayaan kepada Allah SWT serta redha dengan ketentuan Allah SWT dan mereka telah berjuang ke jalan Islam dan mereka di hukum kerana melakukan kebaikan. Kita sama-sama doakan mereka. InsyaAllah.

3. Bala Taqriib : Itu adalah bala/ujian bagi orang yang di kasihi Allah SWT.

Contohnya, apa yg berlaku pada Imam Syafie yg di duga dengan penyakit mudah lupa. Imam Syafie berguru dengan Imam Malik yang merupakan Imam yang hebat juga. Imam Malik sendiri mengistiharkan bahawa Imam Syafie merupakan pelajarnya yang hebat. Walaupun ada kalanya mereka berbeza pendapat, mereka tetap mesra dan saling berkasih-sayang. Imam Syafie tinggal di rumah Imam Malik. Betapa hebat nya beliau adalah beliau boleh menghafal Al-Quran serta boleh menghafal beribu-ribu hadis. Tp beliau pernah di duga dengan penyakit mudah lupa.

Iman As-Syafi’e berkata:
“Aku pernah mengadu kepada Shaikh Waki’ tentang keburukan hafalanku, maka beliau memberi petunjuk kepadaku supaya meninggalkan kemaksiatan. Beliau memberi nasihat kepadaku bahawa ilmu itu adalah Nur (Cahaya dari Allah) dan Cahaya dari Allah itu tiada akan ditujukan kepada orang yang berbuat kemaksiatan.” 

Lalu beliau pulang bertemu ibu nya dan mengadu kepada ibu beliau. Ibu beliau menyatakan segala benda yg di makan oleh kita adalah halal. Suatu hari, beliau mendapat tahu bahawa kambing peliharaan keluarganya sering memakan rumput jirannya. Rupanya, itu lah penyebab beliau sering jadi pelupa. Akibat kambing nya sering memakan rumput jirannya dan keluarga beliau meminum susu dari kambing tersebut. Sejak dari hari itu, beliau memastikan yg kambing2 peliharaan keluarga nya hanya memakan rumput dari rumah nya. Betapa particular nya Imam As-Syafi'e sehinggakan bab apa yg kambing nya makan pun penting agar segala yg beliau makan adalah dari sumber yg halal. Kita sekarang bagaimana?

Selesai sudah kuliah subuh pagi tu..

PS : Aku ni hanya hamba Allah yang tak pernah lari dari kesilapan..kalau ada silap tolong betul kan..yang baik hanya dari Allah SWT dan yg buruk hanya lah dari aku sendiri..terima kasih juga kepada ustaz pagi tu..sy hanya share apa yg sy pelajari sahaja..kalau ada soalan, lebih baik di ajukan kepada yg lebih tahu..InsyaAllah..

Wassalam..


No comments:

Post a Comment