GengKari Description

Tujuan Utama Blog GengKari Didirikan Adalah Untuk Mengisi Masa Lapang 4 Orang Sahabat Yang Menetap di Sebuah Rumah Yang Sama (Kami tidak lagi menetap di rumah yang sama).. Kami Semua Berasal Daripada Utara Malaysia (Penang dan Kedah) dan Kini Menetap di Kuala Lumpur Untuk Mencari Nafkah..Kami masih belajar utk mencari ilmu tetapi tidak lah tinggi ilmu kami, hanya kami share sekadar mampu..InsyaAllah..Jazakallahu Khair..

Tuesday, April 22, 2014

Hadis Sahih Al-Bukhari

Hello.. Sharing with you guys what I hv found.. A good read for all of you..

https://app.younited.com/?shareObject=f118b10f-9cec-7d87-5412-a332b99d0b6d

Sunday, April 20, 2014

Thursday, April 17, 2014

Cinta kepada Ajnabi.

Cinta kepda Ajnabi (bukan mahramnya) yang diharamkan adalah pintu menuju zina!

Orang2 yang melepasi 'PINTU LARANGAN' pertama ini akan terjebak menerobos 'PINTU LARANGAN' ke 2 - berhubung melalui udara!

Orang2 yang meleasi 'PINTU LARANGAN' ke 2 ini tidak akan teragak2 untuk memcahkan 'PINTU LARANGAN' ke 3 - bertemu, mencurah rasa!

Orang2 yang melepasi  'PINTU LARANGAN' ke3  ini akan di pujuk oleh nafsu untuk menembusi PINTU LARANGAN' ke 4 -  bersentuhan anggota!

Orang2 yang melepasi PINTU LARANGAN' ke 4 ini akan di bisik oleh Iblis untuk menembusi 'PINTU LARANGAN' ke 5 - ZINA YANG NYATA!


Sebab itu Allah Ta'ala memberi AMARAN!   " JANGAN KAMU MENGHAMPIRI ZINA"  !!!
Iaitu jangan kamu hampiri pintu-pintu yang boleh menyebabkan kamu terjemurumus kepada ZINA!
Perkara pertama yang mendorong kepada ZINA adalah pandangan mata yang turun kepada hati lalu meneribitkan CINTA!

Cinta antara ajnabi yang diharamkan adalah punca segala kerosakan!
Walaupun tidak sampai ke peringkat zina yang nyata, banyak lagi zina2 kecil lain terjadi apabila dua insan ajnabi mencurah rasa CINTA!  
 
CiNTA YANG HARAM ini merosakkan maruah dan harga diri!
Bahkan CINTA  yang haram ini akan merosakkan benih dan keturunan!   

Bukankah ALlah Ta'ala telah menunjukki jalan kesucian dengan berkahwin? 
Bukankah Rasul telah menunjukkan contoh tauladan?

Mengapa meninggalkan jalan kesucian?  
Mengapa meninggalkan seruan Allah dan RasulNya!
Mengapa terjun kedalam lumpur yang bernajis?
Mengapa rosakkan hati dengan racun yang memakan diri?
Mengapa sanggup gadaikan Iman, terjun kedalam api?


Insaflah!  Sedarlah sebelum terlambat!  Semoga Allah selamatkan kita semua dari kejahatan nafsu dan Iblis!



وَمَآ أُبَرِّىءُ نَفْسِى إِنَّ النَّفْسَ لأَمَّارَةٌ بِالسُّوءِ إِلاَّ مَا رَحِمَ رَبِّى إِنَّ رَبِّى غَفُورٌ رَّحِيمٌ


"Dan tiadalah aku berani membersihkan diriku; sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan, kecuali orang-orang yang telah diberi Rahmat oleh Tuhanku (maka terselamatlah ia dari hasutan nafsu itu). Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
[Yusuf  (12) : 53 ] 




 فَقُلْنَا يـَادَمُ إِنَّ هَـذَا عَدُوٌّ لَّكَ وَلِزَوْجِكَ فَلاَ يُخْرِجَنَّكُمَا مِنَ الْجَنَّةِ فَتَشْقَى

Maka, Kami berfirman: Wahai Adam sesungguhnya iblis ini musuh bagimu dan bagi isterimu; oleh itu, janganlah dia menyebabkan kamu berdua keluar dari Syurga, kerana dengan yang demikian engkau (dan isterimu) akan menderita. 
[Taha (20) : 117 ] 


Credits to Pak Arab

Wednesday, April 9, 2014

Tenangnya hati bila hati kita milik Allah SWT..





"tutup hati lah hati kepada manusia wahai sahabat perjuanganku..boleh buka hati dengan manusia tapi pada lapisan hati yang teratas yakni Sudron (hikmah syariat)..Bermula Qalbun dan lapisan seterusnya itu hakNya" 

"belajar-belajarlah membuang perasaan pada makhlukNya ..kerana tidak akan berhimpun 2 perasaan melainkan digugurkan salah satunya ..samada hadir perasaan kamu pada makhlukNya yang bernama lelaki/perempuan maka ketahuilah waktu itu gugur perasaan kamu padaNya"

MasyaAllah..ada benar nya kata-kata ustaz..terima kasih ustaz..teguh kan hati kita pada Allah SWT sahabat2..

**Curi-curi masa post selepas waktu kerja..hehe..InsyaAllah..malam nnti sy upload kan page tafsir Al-Fatihah supaya pemahaman kita lebih baik mengenai nya seperti yg sy janji kan dahulu..

Monday, April 7, 2014

All the posts I shared

All the posts I have shared are not meant to teach you. The posts I have shared is just to give you the experience of being in the same majlis/kuliah.. Always remember:

Imam Ghazali berkata: “Ilmu tanpa amal adalah gila dan amalan tanpa ilmu adalah sia- sia.''


How you understand, it is you and yourself..Ilmu kena di cari..Bukan kita tunggu ilmu datang.. Berguru lah utk berilmu..bukan hanya di internet dan Google sahaja..Bahaya..Going to be very busy preparing for something, so have to stop updating for now..I am sorry all..My other sahabat probably will be updating..Take care..Jazakallahu khair..

This place(dunya) is designed to break your heart.





SubhanAllah..this video is just amazing..

Sunday, April 6, 2014

Kuliah Maghrib (1 March 2014) Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah - Tafsir Nurul Iman





Posting on behalf of min min.

Kuliah Maghrib (6 April 2014) Masjid Dato Haji Kamaruddin - Tafsir Surah Al-Fatihah


Ustaz Shahril Azman Al-Hafiz

Audio Streaming dari link di bawah:

Maaf the sound quality is not good. Will try to improve in future.. InsyaAllah..

Akan cuba di hurai kan dengan muka surat muka surat yang berkaitan..bermula muka surat 86..tetapi..lebih baik dapatkan tafsir itu sendiri..Hanya RM15..Ilmu..tak luak kalau kita keluarkan duit pun..

Friday, April 4, 2014

Perubahan dari segi apa yang ingin di sampai kan oleh kami.

Maaf..aku terpaksa buang entry-entry lama kami yang aku rasa buang masa dan tidak bagi apa2 manfaat pun pada sesiapa..InsyaAllah..kita semua mencari Husnul Khotimah iaitu pengakhiran yang baik dalam hidup..Kami semua bukan lah ustaz mahupun tahfiz..kami adalah hamba Allah yang tak pernah lari dari kesilapan..tp kesilapan dan masa silam kami mengajar seribu satu erti kehidupan sebenar..

“Kamu adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh yang ma’ruf dan mencegah dari yang mungkar, dan kamu beriman kepada Allah.” Surah Aali Imran – Ayat 110

Sepertimana Nabi S.a.w juga bersabda yang bermaksud , “Barang siapa di antara kalian melihat kemungkaran, hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya. Jika tidak dapat melakukannya dengan tangannya, hendaklah ia mengubahnya dengan lisannya. Jika tidak dapat melakukannya dengan lisannya, hendaklah ia melakukan dengan hatinya. Itulah iman yang paling lemah.”  Hadith Riwayat Muslim

Marilah kita sama-sama berjuang mencari ilmu Allah..Hidayah itu milik Allah..Hidayah itu harus di cari.. Kenapa kita mencari jodoh yang memang sudah tertulis di dalam lauhul mahfuz dan kita tunggu hidayah datang kepada kita? Padahal, ia perlu lah sebalik nya..hidayah itu perlu di cari..yang lain tu..berserah kepada Allah SWT..

Kuliah Subuh (30 March 2014) Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah - Jenis-jenis bala/ujian

Assalamualaikum wbt..

Ini adalah sambungan dari kuliah subuh yg lepas.. Maaf aku dapat mulakan dari hari ini sahaja..

Ustaz (maaf aku ni hamba lemah terlupa nama ustaz tersebut, maaf kan sy ustaz) bercakap mengenai ujian Allah kepada hamba Nya..

Ujian adalah merupakan impian bagi setiap orang yang berakal dan beriman..Kerana orang berakal seringkali memikirkan kenapa diri mereka tidak di uji oleh Allah SWT..Mereka risaukan Allah SWT tidak lagi sayang pada mereka kerana Allah seringkali menguji hamba-hamba yang di sayangi Nya..Mereka bimbang mereka akan lalai dengan nikmat yang di berikan Allah SWT sehingga mereka tergelincir dan tergolong dalam golongan istidraj..

Rasullulah s. a. w. bersabda :”Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat(durhaka),ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT.”(Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)

Maksud istidraj :
http://alhikam0.tripod.com/hikam075.html
https://peribadirasulullah.wordpress.com/2009/08/15/maksud-istidraj/

Ujian/Bala ini terbahagi kepada 3 kategori:

1. Bala At'-Dzib : Azab bagi orang yang terdahulu akibat maksiat.

Contohnya apa yang berlaku terhadap kaum Nabi Luth. Kaum Nabi Luth melakukan berbagai kejahatan yang tidak biasa dilakukan oleh penjahat manapun. Mereka merampok dan berkhianat kepada sesama teman serta berwasiat dalam kemungkaran. Bahkan catatan kejahatan mereka ditambah dengan kejahatan baru yang belum pernah terjadi di muka bumi. Mereka memadamkan potensi kemanusiaan mereka dan daya kreativiti yang ada dalam diri mereka. Yaitu kejahatan yang belum pernah dilakukan seseorang pun sebelum mereka di mana mereka berhubungan seks dengan sesama kaum lelaki (homo seks).

Dengan perintah Allah SWT:
“Maka tatkala datang azab Kami, Kami jadikan negeri kaum Luth itu yang di atas ke bawah (Kami balikkan), dan Kami hujani mereka dengan batu dari tanah yang terbakar dengan bertubi-tubi, yang diberi tanda oleh Tuhanmu, dan seksaan itu tiadalah jauh dari orang- orang yang lalim. ” (QS. Hud: 82-83)

Ini hanyalah satu contoh dari Bala ini yg banyak nya terjadi kepada kaum-kaum terdahulu mengikut yg di nyatakan di dalam Al-Quran.

2. Bala Takdiib : Merupakan bala/ujian dari Allah bagi segala orang yg membuat kebaikan. Bala bagi mendidik kita utk lebih taat dan beriman kepada Allah SWT.

Contohnya apa yg telah berlaku kepada umat Islam yg bakal di hukum gantung sampai mati yang dijatuhkan Mahkamah Mesir terhadap 529 penyokong bekas Presiden kelima Mesir, Mohamed Morsi. Seperti diketahui umum, Mohammed Morsi yang merupakan presiden Mesir pertama dipilih oleh rakyat secara demokrasi telah digulingkan oleh Ketua Tentera, Jeneral Abdul Fattah al-Sisi pada 3 Julai tahun lalu.

Antara yang diisytiharkan dijatuhi hukuman mati semalam termasuklah Mursyidul Am pergerakan Ikhwanul Muslimin, Dr Mohamed Badie. Bagaimanapun, berita ini tidaklah terlalu mengejutkan kerana banyak lagi kekejaman tentera Al-Sisi yang dilakukan setelah Morsi diguling. Rakyat yang melakukan demonstrasi meminta suara mereka didengar dan tidak mahu tunduk kepada pemerintahan tentera telah dibom, dibunuh, diperkosa, diracun menggunakan gas dan disiksa dengan kejam dan tanpa perikemanusiaan.

Mereka yang menghadapi ujian sebegini perlu meletakkan kepercayaan kepada Allah SWT serta redha dengan ketentuan Allah SWT dan mereka telah berjuang ke jalan Islam dan mereka di hukum kerana melakukan kebaikan. Kita sama-sama doakan mereka. InsyaAllah.

3. Bala Taqriib : Itu adalah bala/ujian bagi orang yang di kasihi Allah SWT.

Contohnya, apa yg berlaku pada Imam Syafie yg di duga dengan penyakit mudah lupa. Imam Syafie berguru dengan Imam Malik yang merupakan Imam yang hebat juga. Imam Malik sendiri mengistiharkan bahawa Imam Syafie merupakan pelajarnya yang hebat. Walaupun ada kalanya mereka berbeza pendapat, mereka tetap mesra dan saling berkasih-sayang. Imam Syafie tinggal di rumah Imam Malik. Betapa hebat nya beliau adalah beliau boleh menghafal Al-Quran serta boleh menghafal beribu-ribu hadis. Tp beliau pernah di duga dengan penyakit mudah lupa.

Iman As-Syafi’e berkata:
“Aku pernah mengadu kepada Shaikh Waki’ tentang keburukan hafalanku, maka beliau memberi petunjuk kepadaku supaya meninggalkan kemaksiatan. Beliau memberi nasihat kepadaku bahawa ilmu itu adalah Nur (Cahaya dari Allah) dan Cahaya dari Allah itu tiada akan ditujukan kepada orang yang berbuat kemaksiatan.” 

Lalu beliau pulang bertemu ibu nya dan mengadu kepada ibu beliau. Ibu beliau menyatakan segala benda yg di makan oleh kita adalah halal. Suatu hari, beliau mendapat tahu bahawa kambing peliharaan keluarganya sering memakan rumput jirannya. Rupanya, itu lah penyebab beliau sering jadi pelupa. Akibat kambing nya sering memakan rumput jirannya dan keluarga beliau meminum susu dari kambing tersebut. Sejak dari hari itu, beliau memastikan yg kambing2 peliharaan keluarga nya hanya memakan rumput dari rumah nya. Betapa particular nya Imam As-Syafi'e sehinggakan bab apa yg kambing nya makan pun penting agar segala yg beliau makan adalah dari sumber yg halal. Kita sekarang bagaimana?

Selesai sudah kuliah subuh pagi tu..

PS : Aku ni hanya hamba Allah yang tak pernah lari dari kesilapan..kalau ada silap tolong betul kan..yang baik hanya dari Allah SWT dan yg buruk hanya lah dari aku sendiri..terima kasih juga kepada ustaz pagi tu..sy hanya share apa yg sy pelajari sahaja..kalau ada soalan, lebih baik di ajukan kepada yg lebih tahu..InsyaAllah..

Wassalam..